Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

120) MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan bilangan keseluruhan kes di Mahkamah Syariah Negeri Selangor sepanjang 2013-2017, perincian mengikut kes penceraian, tuntutan nafkah anak, hadanah, mut'ah, harta penceraian dan lain-lain

    Berdasarkan rekod Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS), bilangan keseluruhan kes di Mahkamah Syariah Negeri Selangor sepanjang tahun 2013 hingga 2016, bagi kes Mal adalah sebanyak 70,289 kes dan kes jenayah adalah sebanyak 13,105 kes. Oleh itu, jumlah keseluruhan kes yang didaftarkan di Mahkamah Syariah bagi tempoh tersebut adalah sebanyak 83,394 Perincian keseluruhan jenis kes adalah seperti di Lampiran A dan B.

Lampiran

Tiada Lampiran.