Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

18) MAIS COPERATION SDN BHD

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah aktiviti yang dijalankan oleh MAIS Coperation Sdn Bhd.

    MAIS Corporation Bhd (MCSB) merupakan sebuah syarikat milik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

     

    MAIS Corporation Sdn Bhd. adalah syarikat induk kepada 5 anak syarikat di bawahnya iaitu :-

     

    1. MAIS Construction & Properties Sdn. Bhd (MCPSB) mengkhusus dalam aktiviti pembinaan, pengurusan dan pentadbiran

     

    1. MAIS Trading & Services Sdn. Bhd. (MTSSB) mensasarkan perkhidmatan pembekalan, pembersihan dan pengurusan

     

    1. MAIS Health Care Services Sdn. Bhd. (MHCSSB) memberi perkhidmatan rawatan kesihatan melalui Pusat Dialisis MAIS dan Hospital PUSRAWI. Sehingga kini, 5 cawangan Pusat Dialisis MAIS telah ditubuhkan iaitu di Shah Alam, Jalan Kapar, Kuala Selangor, Sungai Besar dan Taman Melawati,

     

    1. MAIS Development Bhd. (MDevSB) mengkhusus kepada pembangunan hartanah bagi mengurangkan kebergantungan dalam sektor pembinaan. MDevSB akan berfungsi sebagai pemaju dalam membangunkan hartanah milik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS.

     

    5      MAIS Information, Communication & Properties Sdn. Bhd. (MAIS ICTSB) telah menjalinkan usaha sama dengan syarikat Netfarm Solution Sdn Bhd dan memegang ekuiti 30% dalam syarikat usaha sama NFS-KMC Technology Sdn Bhd yang menjalankan perniagaan berasaskan internet dan IT.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.