Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

72) MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM (MBSA)

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah Majlis Bandaraya Shah Alam boleh meluluskan pindaan pelan susun atur Kota Kemuning (seksyen 31) Shah Alam dengan memansuhkan pembinaan jambatan susur (flyover) yang menyambungkan Persiaran Malaxis dan Persiaran Mokara tanpa sebarang alasan yang munasabah

    Pembangunan asal Kota Kemuning ini telah diluluskan pada 15hb Disember 1995 oleh Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor dan diperakukan oleh Majlis pada 15hb. Ogos 1996 dan konsep pembangunan asal kawasan ini telah menunjukkan rezab sambungan laluan daripada Persiaran Anggerik Mokara ke Jalan Anggerik Malaxis dan semasa kelulusan asal tidak menyatakan dengan jelas bentuk cadangan.

    Permohonan pindaan Pelan Susunatur bagi pembangunan Kota Kemuning ini telah dikemukakan oleh Tetuan Hicom Gamuda Development Sdn. Bhd  yang melibatkan beberapa pindaan lain untuk keseluruhan pembangunan dan antaranya adalah pindaan yang melibatkan pindaan rezab jalan kepada kawasan rekreasi tersebut dan  telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa OSC pada 26hb Mei, 2009 dan pertimbangan telah diberi berdasarkan penilaian terhadap Laporan Kesan Nilaian Lalulintas yang disediakan atas pertimbangan bahawa :-

    • Perbincangan asal dengan pihak KESAS yang meminta Majlis/pemaju mengkaji semula cadangan jalan susur kerana jarak antara simpang dan lebuhraya KESAS yang dicadangkan adalah terlalu pendek yang boleh menyebabkan ‘que’ yang panjang dilebuhraya.
    • Penyediaan jalan susur ini akan mengurangkan kelancaran lalulintas memandangkan rezab jalan 200 kaki (Persiaran Anggerik Mokara) ini dirancangkan sebagai jajaran lebuhraya yang menghubungkan lebuhraya KESAS di utara dan SKVE di selatan.
    • Isipadu lalulintas yang berkurangan memandangkan cadangan asal Kota Kemuning plot cadangan komersial telah dipinda kepada cadangan kediaman.

     

    • Kedudukan simpang antara cadangan ‘ramp’ yang menghubungkan Persiaran Anggerik Mokara dengan Persiaran Anggerik Malaxis (utara tapak cadangan) dan persimpangan bulatan yang menghubungkan Persiaran Anggerik Mokara dan Persiaran Anggerik Vanilla di selatan tapak daripadanya adalah terlalu dekat dan hanyalah lebih kurang 300 meter sahaja.
    • Majlis pada 30.05.2003 juga telah meluluskan laluan susur masuk dan keluar ke pembangunan Kemuning Utama yang juga dihubungkan melalui Persiaran Anggerik Mokara dan cadangan persimpangan keluar/masuk yang dicadangkan membenarkan kenderaan membuat pusingan U di bulatan persimpangan Persiaran Anggerik Mokara ke Jalan Anggerik

    Vanilla.

    • Jarak persimpangan yang terlalu pendek akan menyumbang kepada kesesaklan lalulintas yang disebabkan kenderaan keluar masuk daripada Persiaran Anggerik Mokara untuk ke Jalan Anggerik Vanilla dan kenderaan yang datang dari arah pembangunan Kemuning Utama untuk ke Jalan Anggerik Mokara.
    • Persiaran Anggerik Mokara merupakan jalan utama ke kawasan pembangunan Kota Kemuning dan Kemuning Utama, jarak persimpangan keluar/masuk yang terlalu hampir dengan kawasan pembangunan yang sibuk boleh merbahayakan pengguna jalanraya.

    PELAN LOKASI

    PEMBANGUNAN KOTA KEMUNING, SEKSYEN 31, SHAH ALAM

Lampiran

Tiada Lampiran.