Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

207) MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Jumlah penduduk dan infrastruktur yang ada di Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) sudah mencukupi syarat dan kelayakan untuk dinaik taraf menjadi Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS). Apakah status naik taraf MDKS kepada MPKS?

    Untuk makluman, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) sebelum ini telah mengemukakan permohonan kertas cadangan untuk menaik taraf Majlis Daerah Kuala Selangor kepada Majlis Perbandaran Kuala Selangor pada September 2016.

    Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri pada ketika itu berpendapat bahawa MDKS masih belum bersedia untuk dinaik taraf kepada Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).

    Walaupun MDKS telah memenuhi tujuh (7) kriteria yang ditetapkan untuk dinaik taraf sebagai Majlis Perbandaran, faktor-faktor lain juga perlu diambil kira oleh Kerajaan Negeri dalam mempertimbangkan permohonan MDKS. Antara faktor tersebut adalah:

    • Kemampuan MDKS untuk menyediakan perkhidmatan kepada rakyat sebagai sebuah Majlis Perbandaran;
    • Penarafan MDKS kepada MPKS turut akan menyebabkan kenaikan nilaian tanah yang mana ini akan memberi kesan kepada rakyat yang akan terpaksa membayar cukai seperti cukai taksiran yang lebih tinggi;
    • Kenaikan taraf kepada perbandaran juga perlulah selari dengan pembangunan yang dilaksanakan oleh MDKS. Justeru, ini akan memerlukan MDKS menyediakan peruntukan pembangunan yang lebih;
    • Akhir sekali, kenaikan taraf MDKS kepada MPKS juga akan menyebabkan MDKS terpaksa menanggung kos operasi yang lebih tinggi yang disumbangkan antaranya kenaikan gaji pegawai dan

    Namun begitu, Kerajaan Negeri akan sentiasa mempertimbangkan permohonan untuk menaik taraf sesebuah PBT termasuklah permohonan MDKS apabila Kerajaan Negeri berpendapat semua pihak termasuk PBT dan rakyat telah bersedia dalam menerima kesan-kesan daripada naik taraf tersebut.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.