Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

62) MAJLIS PENGANGKUTAN AWAM SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status penubuhan Majlis Pengangkutan Awam Selangor dan apakah peranan yang akan dimainkan oleh badan ini untuk membangun satu dasar menyeluruh berkenaan pengangkutan awam di Negeri Selangor ?

    Kerajaan Negeri telah menubuhkan Majlis Pengangkutan Awam Selangor yang dipengerusikan oleh B Dato’ Menteri Besar Selangor.

    Ahli Jawatankuasa yang terlibat dalam Majlis Pengangkutan Awam Selangor adalah:

    • EXCO Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan;
    • Agensi-agensi Kerajaan Pusat yang terlibat dalam hal-hal pengangkutan seperti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM);
    • Agensi dan jabatan Kerajaan Negeri Selangor seperti Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
    • Pakar-pakar akademik dalam bidang pengangkutan iaitu Malaysia Institute of Transport (MITRANS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Malaya (UM);
    • Persatuan pengguna iaitu Federation Of Malaysian Consumers Associations (FOMCA);
    • Pengusaha-pengusaha pengangkutan awam darat seperti Syarikat Prasarana Negara, Konsortium Transnasional Berhad (Cityliner) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB); dan vii) Tiga (3) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

    Penubuhan Majlis ini adalah sangat bertepatan dalam membangunkan satu dasar menyeluruh berkenaan pengangkutan awam di Negeri Selangor.

    Peranan Majlis Pengangkutan Awam Selangor adalah:

    Sebagai pengendali atau pelaksana induk atau penggubal dasar bagi sistem pengangkutan awam di Selangor tetapi bukan pengawalselia. ii) Melaksanakan visi nasional bagi pengangkutan awam di setiap peringkat dalam negeri Selangor di samping mempertingkatkan perkhidmatan pengangkutan awam khususnya dalam:

    1. Memastikan pelan induk perkhidmatan pengangkutan awam dan perancangan pembangunan negeri adalah selari;
    2. Merancang, memantau dan mengawal laluan dalam usaha untuk membangunkan rangkaian pengangkutan yang boleh diharap, berpatutan, boleh dipercayai, berkesan dan cekap;
    3. Memantau kualiti perkhidmatan dan piawaian pengendali pengangkutan awam menerusi satu set Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditentukan; dan

    Melaksana strategi komunikasi yang berkesan (efektif) dan sistem pengurusan maklum balas yang cekap dan menyeluruh.

Lampiran

Tiada Lampiran.