Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

185) MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA (MPSJ)

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kawasan pilihanraya DUN Sri Muda termasuk sebahagian kecil ke dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya. Huraikan, kenapakah kawasan Kampung Bukit Lanchong, USJ 22 hingga USJ 27, seluruh kawasan Putra Heights, Putra Bistari, Putra Avenue dan sekitarnya tidak dicatatkan sebagai kawasan Dun Sri Muda hingga kebanyakan urusan majlis tidak mengundang Adun kawasan?

    Pihak Majlis dari masa ke semasa akan mengundang Adun Kawasan bersamasama Ahli Majlis kawasan dalam sebarang majlis-majlis rasmi terutama program-program yang melibatkan JKP Zon 7 (Putra Height).

Lampiran

Tiada Lampiran.