MAJLIS SUKAN NEGERI (MSN)

108) MAJLIS SUKAN NEGERI (MSN)

Tahun:

Sesi:

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini Majlis Sukan Negeri dan senaraikan seluruh Ahli Lembaga Pengarah serta huraikan bagaimanakah kedudukan kewangan semasa?

    1. Majlis Sukan Negeri telah ditubuhkan di bawah akta Majlis Sukan Negara (1971), pindaan 1979 mengikut Jadual Kedua Pindaan 1988. Akta tersebut telah menjelaskan agar Majlis Sukan Negeri hendaklah ditubuhkan di setiap negeri dan peruntukanperuntukan dalam Jadual Kedua hendaklah berkuat kuasa.

     

    Jadual Kedua tersebut antaranya menjelaskan bahawa pengurusan Hal Ehwal Majlis adalah terletak hak pada Jawatankuasa Pengurus bukan Ahli Lembaga Pengarah seperti yang ditanyakan.  Pelantikan Ahli Jawatankuasa Pengurus ini dibuat mengikut peruntukkan di Jadual Kedua akta tersebut. Walaupun Pengerusi Majlis masih kosong akibat tidak dilantik oleh Menteri, operasi harian dan pentadbiran Majlis masih boleh diteruskan di bawah kendalian Jawatankuasa Pengurus yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi yang dilantik oleh Menteri Besar.

     

     

    Senarai penuh Jawatankuasa Pengurus yang dilantik bagi sesi 2009/2010 adalah seperti berikut:-

     

     

    1.

     

    Y.B. Tuan Amirudin bin Shari

    ADUN Batu Caves

     

    Timbalan Pengerusi I

     

    2.

     

    Y.B. Dato’ Ramli bin Mahmud

    Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

     

    Timbalan Pengerusi II

     

    3.

     

    Tuan Hj. Mohd Zubir bin Hj. Idrus

    Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor

     

    Setiausaha

     

    4.

     

    Y.B. Dato’ Mohd Arif bin Ab. Rahman

    Pegawai Kewangan Negeri Selangor

     

    AJK

     

    5.

     

    Y.Bhg. Dato’ Noordin bin Sulaiman

    Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan)

     

    AJK

     

    6.

     

    Y.Bhg. Dr. Zahri bin Aziz

    Pengarah Pelajaran Negeri Selangor

     

    AJK

     

    7.

     

    Tuan Haji Makhruzi bin Haji Iksan

    Pengarah Belia & Sukan Negeri Selangor

     

    AJK

     

    8.

     

    Y.Bhg. Dato’ Zainal Abidin bin Azim

    Pengerusi Majlis Sukan Daerah Gombak

     

    AJK

     

    9.

     

    Y.Bhg. Dato’ Hassan Nawawi bin Abdul Rahman Pengerusi Majlis Sukan Daerah Hulu Langat

     

    AJK

     

    10.

     

    Y.Bhg. Dato’ Hj. Amiruddin bin Hj. Mohd Radzi Presiden Persatuan Tinju Amatur Selangor

     

    AJK

     

    11.

     

    Y.Bhg. Dato’ (Dr.) Lam Peng Chong

    Presiden Persatuan Bola Tampar Selangor

     

    AJK

     

    12.

     

    En. Kula Chelliah

    Presiden Persatuan Gimnastik Amatur Selangor

     

    AJK

     

    13.

     

    Y.B. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad

    Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Selangor

     

     

    AJK

     

    Sehingga 31 Mei 2009, Majlis mempunyai baki tunai di bank berjumlah RM7,125,919.51.  Selain dari itu, Majlis mempunyai simpanan tetap berjumlah RM 2,081,808.17.  Kedudukan kewangan semasa Majlis sehingga 31 Mei 2009 berjumlah RM9,207,727.68.

Lampiran

Tiada Lampiran.