Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

36) MAJLIS SUKAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukkan yang diberikan kepada Majlis Sukan Negeri Selangor sejak 2005-2012 dan jumlah yang dibelanjakan bagi memajukan sukan bola sepak?

    Peruntukan yang telah diberikan kepada Majlis Sukan Negeri Selangor untuk pembangunan sukan secara keseluruhan adalah seperti berikut :

     

    TAHUN JUMLAH (RM)
    2005  
    2006  
    2007  
    2008 1,000 000.00
    2009 1,000 000.00
    2010 3,841 600.00
    2011 3,778 400.00
    2012 4,803 123.00

     

    Jumlah yang telah diperuntukkan ini adalah termasuk untuk persediaan atlet, pembelian peralatan, pembayaran gaji jurulatih sepenuh dan separuh masa, pembayaran elaun, penyertaan kejohanan, pakaian dan lain-lain. Peruntukan yang diberikan ini akan disalurkan kepada 42 persatuan sukan yang menjadi ahli gabungan Majlis Sukan Negeri Selangor.

     

    Jumlah yang telah dibelanjakan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Selangor bagi memajukan sukan bola sepak adalah seperti berikut :

     

    TAHUN JUMLAH (RM)
    2005 RM 660,000
    2006 RM 660,000
    2007 RM 660,000
    2008 RM 660,000
    2009 RM 660,000
    2010 RM 330,000
    2011  
    2012 RM 660,000

     

    Ini adalah anggaran perbelanjaan bagi Piala Presiden yang berumur 21 tahun ke bawah. Manakala bagi Piala Belia adalah yang berumur 1R tahun ke bawah. Untuk  makluman  ahli  yang  Berhormat,  Persatuan  Bola  Sepak  Selangor  (lAS) ada mendapat peruntukan khas daripada Kerajaan Negeri serta beberapa peruntukan daripada pihak penaja untuk pembangunan bola sepak negeri ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.