Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

43) MAJLIS SUKAN NEGERI SELANGOR HOLDINGS SDN BHD (MSNS)

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tujuan dan matlamat penubuhan MSNS?

    1. MSNS Holdings Sdn Bhd (MSNSH) telah ditubuhkan pada tahun 1991 dan telah mula aktif sepenuhnya pada tahun 1995 sebagai satu cabang pelaburan Majlis Sukan Negeri Selangor. Matlamat utama penubuhan syarikat pada ketika itu adalah untuk menjana perolehan bagi membantu sumber kewangan Majlis di samping membantu peningkatan dan pembangunan infrastruktur sukan peringkat

     

    Walau bagaimanapun, semenjak pengambilalihan oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) pada Julai 2009, skop MSNSH lebih tertumpu kepada mengurus dan mengendalikan aset-aset seperti Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor, Carlton Holiday Hotel & Suites, Pusat Akuatik Darul Ehsan, Kompleks Sukan Sukses, Seksyen 6, Kompleks Sukan Lawn Bowl, Seksyen 13, rumah kedai serta ruang pejabat.

    MSNSH juga merupakan pemegang Hak cipta Intelek bagi jenama SUKSES sejak tahun 2005 lagi. Antara produk SUKSES yang dijual adalah seperti pakaian dan peralatan sukan.

    Di samping itu, aktiviti perniagaan MSNSH juga merangkumi kepada pengurusan acara terutamanya acara yang berkaitan dengan sukan seperti karnival sukan, penyewaan gelanggang dan “outdoor” games.

Lampiran

Tiada Lampiran.