Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

34) MAJLIS SUKAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan atlet sukan dan perbelanjaan yang ditaja oleh MSN.

    Pada tahun 2020 ini, Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM7 juta kepada pihak Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) untuk pembangunan sukan termasuk persiapan SUKMA. Bagi persediaan pasukan SUKMA, sebanyak 31 jenis sukan yang sedang menjalani latihan dan melibatkan seramai 830 atlet dalam senarai panjang pasukan.

    Atlet yang tersenarai dalam senarai panjang pasukan dalam persediaan SUKMA 2020 ini ditaja oleh pihak MSNS dengan jumlah keseluruhan RM800 ribu dan jumlah ini termasuk elaun latihan, bantuan ke kejohanan, latihan pusat, makanan tambahan dan penyewaan venue latihan. Walau bagaimanapun, pada bulan April nanti, pihak pasukan akan membuat senarai pendek mengikut kuota pasukan masing-masing.

    Bagi sukan-sukan yang tiada tersenarai di SUKMA 2020 ini, pihak MSNS masih memberi bantuan kepada pasukan untuk menyertai kejohanan dalam negara, penganjuran klinik atau bengkel oleh persatuan dan penganjuran kejohanan.

Lampiran

Tiada Lampiran.