Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

20) MAJLlS DAERAH

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Syarikat Alam Flora telah dilantik untuk membekalkan perkhidmatan membuang sampah, penjagaan longkang dan rumput di Negeri Selangor. Namun begitu, masih ada banyak rungutan daripada orang ramai mengenai sampah sarap yang tidak dikutip yang mengakibatkan longkang tersumbat menyebabkan kejadian banjir yang berleluasa dewasa ini. Apakah sistem pemantauan yang digunakan oleh pihak berkuasa yang berkenaan untuk melancarkan lagi perkhidmatan ini tanpa masalah?

    Beberapa langkah telah diguna pakai dalam melakukan pemantauan secara
    berterusan terhadap segala perkhidmatan yang telah diberikan oleh Alam Flora
    Sdn Bhd (AFSB).

    i. AFSB dimestikan untuk memberikan laporan kepada PBT berhubung
    prestasi kerja dan apa-apa keperluan untuk makluman PBT,

    ii. AFSB dan pihak Majlis mempunyai penyelia kawasan mengikutzon untuk
    memantau kebersihandan aduan terhadap perkhidmatanyang diberikan,

    iii. Setiap penyelia akan membuat laporan bulanan kawasan kontraktor dan
    menyerahkan laporan tersebut kepada AFSB dan seterusnya kepada
    PBT, dan

    iv. PBT akan memberikan NTC ( Notice To COffect) dan NTB ( Notice To
    Back Up ) kepadaAlam Florajika terdapat sebarang masalah.

Lampiran

Tiada Lampiran.