Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

279) MAKLUM BALAS KEPADA SURAT AHLI DEWAN NEGERI

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat menetapkan bahawa segala surat Ahli Dewan Negeri perlu diberi maklum balas oleh pihak jabatan yang berkaitan dalam sesuatu tempoh yang tertentu? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya

    Semua surat yang diterima hendaklah diambil tindakan segera. Sekiranya surat itu memerlukan jawapan segera ia hendaklah dibalas dalam masa yang singkat. Sekiranya jawapan segera tidak dapat diberikan, penulis surat itu hendaklah dimaklumkan melalui surat akuan terima yang menyatakan bahawa jawapan yang lengkap akan disusuli dalam satu jangka masa yang dinyatakan (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2007 – Panduan Pengurusan Pejabat).

Lampiran

Tiada Lampiran.