Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

58) MAKLUMAT IBU TUNGGAL DAN WARGA MISKIN BAWAH DUN BANDAR UTAMA

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sekiranya ada, sila sediakan maklumat perhubungan ibu-ibu tunggal serta warga-warga miskin bawah DUN Bandar Utama, termasuk maklumat-maklumat yang dikumpulkan oleh pihak Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan.

    Untuk makluman Yang Berhormat Bandar Utama, buat masa kini Kerajaan Negeri tidak mempunyai pangkalan data khusus yang mengandungi maklumat perhubungan ibu-ibu tunggal serta warga miskin secara menyeluruh untuk Negeri Selangor. Namun begitu, pihak YAWAS mengendalikan dua sistem berasingan khusus untuk ibu tunggal dan warga miskin.

    Sistem Jom Shopping adalah satu pengkalan data yang bertujuan untuk mengumpulkan maklumat penerima dari kalangan rakyat miskin yang digunakan khusus bagi Program Bantuan Secara Baucar Untuk Rakyat Miskin Bersempena Perayaan. Sistem Jom Shopping Perayaan ini dibangunkan bagi memastikan Program Bantuan Secara Baucar Untuk Rakyat Miskin Bersempena Perayaan dilaksanakan dengan baik dan teratur.

    Sehubungan dengan itu, maklumat berkenaan warga miskin di bawah DUN Bandar Utama yang telah didaftarkan di dalam sistem ini bermula tahun 2013 sehingga kini adalah seramai 6,791 orang. Manakala jumlah penerima yang hadir untuk menerima bantuan pula adalah seramai 5,408 orang. Jumlah keseluruhan peruntukan yang telah dibelanjakan khusus untuk warga miskin di DUN Bandar Utama bagi Program Bantuan Secara Baucar Untuk Rakyat Miskin Bersempena Perayaan pula adalah berjumlah RM540,800.00.

    Untuk maklumat ibu tunggal pula, sehingga kini, pihak YAWAS mempunyai sebanyak 98 permohonan yang telah lulus bagi DUN Bandar Utama. Manakala maklumat terperinci bagi kedua-dua maklumat adalah seperti berikut:

Lampiran

Tiada Lampiran.