Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

121) MAKLUMAT LEBUHRAYA SKVE

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan maklumat Lebuhraya SKVE yang mengandungi nama syarikat pengurusan, butir-butir peta jalanraya bermulanya Tol Ayer Hitam hingga ke Pulau Carey, caj tol untuk semua kelas kenderaan.

    Lebuhraya South Klang Valley Expressway (SKVE) adalah merupakan projek di bawah tanggungjawab SKVE Holdings Sdn. Bhd. (SKVE). Lebuhraya sepanjang 51.7km ini akan bermula di Persimpangan Bertingkat UNITEN dan berakhir di Pulau Indah akan mempunyai sebanyak enam (6) pondok plaza tol. Lebuhraya SKVE ini juga akan turut mempunyai sebanyak sembilan (9) persimpangan (interchange). Lebuhraya ini juga akan menghubungkan beberapa jaringan lebuhraya lain seperti SILK, GRAND SAGA, MEX, PLUS, LEKAS, ELITE, SHAPADU, KESAS, NKVE, dan LDP. Butir-butir peta lebuhraya adalah seperti di Lampiran 1.

    Walau bagaimanapun, sebahagian Lebuhraya SKVE ini masih di peringkat pembinaan iaitu jajaran menghala ke Persimpangan Pulau Carey dan seterusnya akan berakhir di Pulau Indah.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.