Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

24) MAKLUMAT PELABURAN

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan data-data pelabur dan pelaburan lengkap yang diterima oleh Selangor berbanding negeri-negeri lain sejak tahun 2000 hingga kini?

    Bagi tempoh tahun 2000 hingga 2016, sebanyak 4,713 projek perkilangan telah diluluskan di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 136.058 bilion. Dari jumlah tersebut sebanyak RM 70.3 bilion adalah daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 65.757 adalah daripada pelaburan asing. Dari jumlah tersebut, Selangor menduduki tempat kedua selepas Johor yang mencatatkan nilai pelaburan tertinggi iaitu sebanyak RM 166.78 bilion.

    Negeri Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM)
    Johor D.T. 3,225 339,355 84,686,225,885 82,089,368,621 166,775,594,506
    Selangor D.E. 4,713 364,193 70,300,984,680 65,757,126,134 136,058,110,814
    Sarawak 518 71,304 43,869,636,637 57,963,858,788 101,833,495,425
    Pulau Pinang 2,193 245,716 26,331,102,900 62,291,325,407 88,622,428,307
    Kedah D.A. 808 91,071 23,777,093,237 34,341,879,524 58,118,972,761
    Melaka 607 74,140 15,911,209,615 26,448,161,556 42,359,371,171
    Perak D.R. 834 90,170 17,195,937,495 18,246,260,110 35,442,197,605
    Sabah 511 40,047 21,555,568,606 12,134,700,130 33,690,268,736
    Negeri Sembilan D.K. 604 57,271 10,576,099,774 22,728,112,432 33,304,212,206
    Pahang D.M. 340 30,078 12,333,276,685 16,512,451,800 28,845,728,485
    Terengganu

    D.I.

    146 18,918 9,439,667,430 19,071,872,252 28,511,539,682
    Kelantan D.N. 104 10,135 3,271,085,900 1,096,814,430 4,367,900,330
    W.P. – Kuala

    Lumpur

    247 14,447 2,937,506,005 1,089,344,788 4,026,850,793
    W.P.-

    Labuan

    16 1,138 2,365,186,318 56,841,730 2,422,028,048
    Perlis I.K. 31 2,182 425,722,656 210,897,141 636,619,797
    Belum ditentukan 2 234 0 232,266,000 232,266,000
               
    Jumlah 14,899 1,450,399 344,976,303,823 420,271,280,843 765,247,584,666

    Sumber : Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia

    Nota : Statistik pelaburan hanya dari tahun 2000 hingga 2016 sahaja kerana sehingga kini Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia masih belum mengumumkan statistik pelaburan yang terkini bagi tahun  2017

Lampiran

Tiada Lampiran.