Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

59) MAKLUMAT PIHAK SWASTA BERKAITAN DENGAN TEKNOLOGI HIJAU/ BANDAR HIJAU

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri mempunyai apa-apa kerjasama ataupun projek usaha sama dengan pihak swasta (sebagai contoh syarikat teknologi hijau/ usahawan) dalam bergerak ke arah pembandaran mampan?

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui PBT sentiasa menjalinkan kerjasama strategik bersama pihak swasta dalam melaksanakan agenda ke arah perbandaran mampan. Hubungan dan kerjasama strategik ini adalah bertujuan untuk menghasilkan impak positif serta manfaat kepada negeri dan rakyat khususnya di dalam pembangunan perbandaran mampan.

    Sehubungan itu, PBT Negeri Selangor telah mengambil langkah proaktif dengan menjalinkan kerjasama bersama pemain-pemain industri dalam pelbagai sektor sebagai usaha untuk memastikan agenda pembangunan perbandaran mampan dapat dilaksanakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.