Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

145) MAMOGRAM SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah program ini masih diteruskan dan jika ya, siapakah badan pelaksana kepada program ini?

    Ya, Program Mammogram masih lagi diteruskan. Buat masa ini badan pelaksana program ini adalah National Cancer Society Malaysia (NCSM) dan Majlis Kanser Negara (MAKNA). Walau bagaimanapun,  Kerajaan Negeri sedang melakukan semakan bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan kepada peserta-peserta Mammogram.

    Antara penambahbaikan Skim Kesihatan Wanita (Mammogram) adalah bagi menambahbaik perkhidmatan serta penambahan lokasi yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka bagi pemeriksaan saringan percuma kanser payudara agar lebih ramai wanita dapat manfaat daripada program ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.