Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

8) MANFAAT MIKRO KREDIT

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan bilangan penerima pinjaman mikro kredit bawah kerajaan negeri mengikut DUN dan berapa ramai yang telah mendapat manfaat sama ada berjaya menambah pendapatan atau mengembangkan perniagaan.

    YAQ ditubuhkan untuk menyediakan pembiayaan secara mikro kepada rakyat Selangor yang dikategorikan sebagai miskin dengan pendapatan isi rumah di bawah RM1,500 atau per kapita RM350. YAQ membahagikan tugas dan tanggungjawab bagi menjangkau isi rumah miskin di seluruh negeri Selangor kepada dua program utama iaitu Skim Mikro Kredit Selangor (SKIMSEL) dan Skim Mikro Kredit Miskin Bandar (MiMBAR). SKIMSEL beroperasi di kawasan luar bandar seperti Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang, Walau bagaimanapun di daerah yang dikategorikan sebagai kawasan bandar namun mempunyai kampung tradisi seperti di Daerah Gombak, Petaling Dan Klang juga menjadi kawasan operasi SKIMSEL. MiMBAR pula beroperasi di kawasan bandar iaitu di Majlis Bandaran Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Bandaran Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Selayang(MPS), Majlis Perbandaran Kajang(MPKJ) dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSP).

     

    i)                     SKIM MIKRO KREDIT SELANGOR (SKIMSEL)

     

    SKIMSEL telah memulakan operasi pada bulan Ogos 2010. Berdasarkan maklumat sehingga 30hb September 2013, bilangan penerima manfaat pembiayaan SKIMSEL adalah seramai 8,396. Bilangan penerima mengikut daerah adalah seperti berikut :

     

    CAWANGAN/DAERAH BIL PENERIMA
    SabakBernam 1,273
    Hulu Selangor 1,106

     

    CAWANGAN/DAERAH BIL PENERIMA
    Kuala Selangor 1,345
    Hulu Langat 1,394
    Kuala Langat 1,227
    Sepang 945
    Gombak 277
    Petaling 442
    Klang 387
    SKIMSEL 8,396

     

    ii)                    SKIM MIKRO KREDIT MISKIN BANDAR (MiMBAR)

    Keseluruhan jumlah penerima manfaat melalui Program Mikrokredit  Miskin Bandar Selangor (MiMBAR) sehingga Oktober 2013 adalah seramai 5,731 orang. Mereka (peserta) yang menerima manfaat tersebut merangkumi tiga (3) program pilihan yang telah disediakan di bawah MiMBAR Selangor iaitu Program Mikrokredit, Bantuan  Niaga  dan Bantuan Kerja. Jadual di bawah adalah jumlah peserta atau penerima manfaat yang telah berjaya di bawah MiMBAR Selangor mengikut DUN.

     

    Jadual peserta yang berjaya mendapat pembiayaan mengikut DUN dan PBT.

     

    PBT DUN Bil Peserta Jumlah Lulus (RM)
    MBPJ Bukit Gasing 1 3000
    Bukit Lanjan 103 194,000
    Damansara

    Utama

    3 6,500
    Kampung Tunku 1 2,000
    Kota Damansara 339 641,000
    Paya Jaras 158 316,500
    Seri Setia 79 150,000
    Taman Medan 219 445,000
    Jumlah MBPJ   903 1,758,000

     

    PBT DUN Bil Peserta Jumlah Lulus (RM)
    MBSA Batu Tiga 290 578,500
    Kota Anggerik 102 210,500
    Sri Muda 197 391,000
    Jumlah MBSA   589 1,180,000
    MPAJ Bukit Antarabangsa 69 136,500
    Chempaka 126 259,000
    Hulu Kelang 142 307,200
      Lembah Jaya 257 524,000
    Teratai 50 104,500
    Jumlah MPAJ   644 1,331,200
    MPK Ijok 3 3000
    Jeram 27 32,500
    Kota Alam Shah 39 87,000
    Meru 400 803,000
    Pandamaran 33 66,000
    Pelabuhan

    Klang

    182 354,000
    Selat Kelang 202 400,000
    Sementa 250 489,000
    Seri Andalas 221 395,500
    Sijangkang 3 3,500
    Sungai Pinang 94 182,000
    Jumlah MPK   1,454 2,815,500
    MPKJ Balakong 162 337,000
    Bangi 108 196,500
    Dusun Tua 56 107,500
    Kajang 202 382,000
    Semenyih 20 36,000
    Seri

    Kembangan

    29 54,500
    Jumlah MPKJ   577 1,113,500
    MPS Batu Caves 318 686,500
    Gombak Setia 256 545,000
    Kuang 171 372,000
    Rawang 185 396,000
    Taman Templer 122 249,000
    Jumlah MPS   1052 2,248,500
    MPSJ Kinrara 112 227,500
    Seri Serdang 182 342,000
    Subang Jaya 63 118,500
    Jumlah MPSJ   357 688,000

     

    PBT DUN Bil Peserta Jumlah Lulus (RM)
    MPSP Dengkil 107 201,500
    Sungai Pelek 47 123,000
    Tanjong Sepat 1 1,000
     Jumlah MPSP        

    JUMLAH KESELURUHAN

                                                 155                 325,500       
      5,731 11,460,200

     

    MiMBAR Selangor turut memberi kelebihan kepada peserta yang mempunyai rekod cemerlang dalam pembayaran balik pinjaman. Mereka yang telah dikategorikan sebagai cemerlang berpeluang dan diberi kelayakan untuk memohon pinjaman tambahan seterusnya. Seramai 149 orang telah berjaya memperolehi pinjaman pusingan kedua.

Lampiran

Tiada Lampiran.