Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

162) MANFAAT PROGRAM STEM SEL

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pencapaian program STEM SEL pada tahun 2015?

    Program STEM SEL adalah program pendidikan yang berbentuk bengkel dan ceramah mengenai Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Program ini bertujuan membantu memupuk minat pelajar seawal Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga bagi melibatkan mereka dalam bidang sains hayat. Program ini yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama International Islamic Academy for Life Sciences and Biotechnology (IAB), Universiti Selangor (UNISEL).

    Bagi tahun 2015, sebanyak dua (2) program STEM SEL ini telah dilaksanakan iaitu:

    • program pelancaran telah diadakan di Dewan Jubli Perak yang menghimpunkan seramai 200 pelajar daripada sekolah-sekolah di sekitar Negeri Selangor iaitu Maahad Integrasi Tahfiz Sains & Teknologi Istana Bandar (MITIB), Sekolah Sri Ayesha Bangi, Sekolah Islam Al-Farabi, dan Pusat Tahfiz Ad Diniyyah, Batu

     

    • Program yang terakhir telah dilaksanakan di Perkarangan Stadium, Sabak Bernam yang dihadiri oleh 300 orang di kalangan masyarakat awam dan pelajar-pelajar

Lampiran

Tiada Lampiran.