Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

189) PEMBANGUNAN RUMAH PERSENDIRIAN DI BUKIT JUGRA

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status tindakan susulan yang di lakukan oleh pihak PBT berkenaan siasatan terhadap pelanggaran syarat pembangunan rumah persendirian di Bukit Jugra?

    Pada 9 Julai 2019 Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) telah menjalankan suatu Operasi Bersepadu bersama Jabatan Teknikal Dalaman MDKL, Polis DiRaja Malaysia dan Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat di kawasan Bukit Jugra berkaitan aduan yang diterima mengenai pembangunan/binaan tanpa kebenaran di atas tanah berstatus pertanian.

     

    Pihak MDKL sedang dalam penyediaan kertas siasatan untuk tujuan pendakwaaan di bawah Seksyen 70 (13) (c), Akta 133, “mendirikan sesuatu bangunan bersalahan dengan Akta ini atau dengan mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya”

     

    Pihak juga sedang dalam proses mengeluarkan satu notis kesalahan di bawah Seksyen 18 (1), Akta 172, “tiada seorang pun boleh menggunakan atau membenarkan digunakan mana-mana tanah atau bangunan melainkan menurut Rancangan Tempatan”.

Lampiran

Tiada Lampiran.