Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

189) MANGSA BENCANA RIBUT DI KAWASAN DUN SUNGAI BURONG DAN PERMATANG

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk membantu mangsa bencana ribut yang telah melanda 9 buah kampung di DUN Sg. Burong dan Permatang pada 10 hb Februari 2019 yang lalu?

    a)

     

    11hb Februari 2019 (Isnin)

    Pegawai Daerah Kuala Selangor, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Selangor telah melaksanakan pemantauan dan penyerahan sumbangan awal. Sejurus itu, satu mesyuarat tapak diadakan bertempat diadakan bertempat di MPKK Kampung Seri Tiram Jaya bagi menyelaras tindakan pembersihan, pemulihan dan penyelarasan bantuan bencana ribut bersama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

    12hb Februari 2019 (Selasa)

    Program bantuan pembersihan dijalankan dengan dibahagikan kepada dua (2) bahagian mengikut kawasan DUN Sungai Burong dan DUN Permatang. Pembersihan dilaksanakan mengikut zon dan kerja-kerja pembersihan kawasan sampah, kutipan sampah dan penebangan pokok serta lain-lain pembersihan melibatkan agensi tempatan dan sukarelawan. Statistik dengan jumlah cadangan bantuan baikpulih adalah seperti berikut :

    DUN SG BURONG

    KAWASAN KEROSAKAN KECIL KEROSAKAN SEDERHANA KEROSAKAN SERIUS BINA BARU JUMLAH
    BLOK I 0 2 1 0 3
    KG TOK ADAM 0 0 1 1 2
    KG PARIT 2 0 0 1 0 1
    KG TALI AIR 2 0 3 3 3 9
    JUMLAH 15

    DUN PERMATANG

    KAWASAN KEROSAKAN KECIL KEROSAKAN SEDERHANA KEROSAKAN SERIUS BINA BARU JUMLAH
    BLOK EQSW 15 22 10 4 51
    PARIT SERONG 0 7 3 0 10
    BLOK COJ 9 2 2 0 13
    BLOK DKPV 13 14 1 3 31
    KG SERI TIRAM JAYA 12 39 7 4 62
    JUMLAH 167

    STATISTIK JUMLAH KESELURUHAN RUMAH YANG MENGALAMI KEROSAKAN DI DUN SUNGAI BURONG & DUN PERMATANG :

    BIL.

     

    JENIS KEROSAKAN JUMLAH
    1.

     

    Kerosakan Kecil 49
    2. Kerosakan Sederhana 89

     

    3.

     

    Kerosakan Serius 29
    4.

     

    Bina Baru 15
     

    JUMLAH KESELURUHAN

     

     

    182

    13hb Februari 2019 (Rabu)

    Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor, Tuan Amirudin Bin Shari telah melaksanakan pemantauan di sekitar kawasan bencana ribut dan menyerahkan sumbangan kepada beberapa buah rumah penduduk terkesan ribut di kawasan DUN Permatang. Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor juga melaksanakan pemantauan di Sekolah Rendah Agama Blok P, Sawah Sempadan, Tanjung Karang yang mengalami kerosakan serius serta menyantuni mangsa di Surau Darul Ma’arif Jalan Setanjung Seri Tiram Jaya, Tanjung Karang bersama.

    19hb Februari 2019 (Selasa)

    Majlis penyampaian sumbangan kepada mangsa bencana ribut bagi DUN Permatang & Sungai Burong daerah Kuala Selangor telah diadakan di Dewan Seri Tiram Jaya, Kg. Seri Tiram Jaya, Tanjong Karang, Daerah Kuala Selangor. Kerajaan Negeri melalui Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor, Menteri Besar (Pemerbadanan), Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Lembaga Zakat Selangor dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah menyelaras bantuan sumbangan kepada mangsa-mangsa ribut tersebut :

    i.        Menteri Besar (Pemerbadanan) melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) membiayai sepenuhnya kos pembaikan rumah yang mengalami kerosakan kecil, sederhana, serius dan bina baru melalui Pejabat Daerah Tanah Kuala Selangor, Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sungai Burong dan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Permatang berdasarkan penilaian yang selayaknya dengan peruntukan berjumlah RM 1,683,000.00 mengikut kadar yang ditetapkan seperti berikut :

    ·         Kerosakan Kecil – RM500.00

    ·         Kerosakan Sederhana – RM5,000.00

    ·         Kerosakan Serius – RM20,000.00

    ·         Bina Baru – RM50,000.00

    ii.        Kerajaan Negeri telah menyerahkan bantuan wang ihsan kepada keseluruhan mangsa terkesan ribut dengan kadar maksimum berjumlah RM500.00 melalui Tabung Bencana Alam Daerah Kuala Selangor, Pejabat Daerah & Tanah Kuala Selangor.

     

    iii.        Lembaga Zakat Selangor telah menyerahkan bantuan wang ihsan kepada keseluruhan mangsa terkesan ribut dengan jumlah RM300.00 kepada keseluruhan mangsa terkesan ribut dan bantuan baikpulih serta bina baru rumah kepada 19 orang mangsa yang berdaftar sebagai asnaf fakir miskin Lembaga Zakat Selangor.

     

    iv.        Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah menyerahkan bantuan wang ihsan kepada keseluruhan mangsa terkesan ribut dengan jumlah RM300.00 dan barangan keperluan harian.

     

    v.        Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor telah menyerahkan bantuan awal Kit Bencana dan barangan keperluan harian kepada mangsa yang berpindah ke Pusat Pemindahan di Surau Darul Ma’arif Jalan Setanjung Seri Tiram Jaya, Tanjung Karang.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.