Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

4) MANIFESTO KEDIAMAN SENDIRI

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan bilangan rakyat yang telah dibantu untuk memiliki rumah sendiri dari 2008 hingga 2013?

    Untuk makluman Yang Berhormat secara keseluruhannya, seramai 15,105 orang pemohon telah dibantu oleh Kerajaan Negeri untuk memiliki rumah kos rendah dari tempoh tahun 2008 hingga 2013. Manakala seramai 1,568 orang pemohon telah dibantu oleh Kerajaan Negeri untuk memiliki rumah mampu milik semenjak mula diperkenalkan dari tahun 2011 sehingga 30 Mei 2013. Pecahan tawaran mengikut jenis rumah adalah seperti Jadual di bawah:

    Pemohon yang berjaya ditawarkan RKR dari tahun 2008 sehingga 30 Mei 2013.

    Bil. Daerah 2008 2009 2010 2011 2012 2013 Jumlah
    1. Klang 203 164 680 1,585 1,576 387 4,595
    2. Petaling 712 414 829 2,201 1,373 818 6,347
    3. Gombak 45 97 171 457 457 0 1,227
    4. H. Langat 326 247 211 332 527 36 1,679
    5. Sepang 25 27 5 7 2 0 66
    6. K. Langat 24 8 5 0 1 0 38
    7. K. Selangor 61 37 210 636 209 0 1,153
    8. H. Selangor 0 0 0 0 0 0 0
    9. S. Bernam 0 0 0 0 0 0 0
      JUMLAH 1,396 994 2,111 5,218 4,145 1,241 15,105
    1. Pemohon yang berjaya ditawarkan Rumah Mampu Milik dari tahun 2011 sehingga 30 Mei 2013.
    Bil. Daerah 2011 2012 2013 Jumlah
    1. Hulu Langat 134 12 0 146
    2. Gombak 0 1,422 0 1,422
      JUMLAH 134 1,434 0 1,568

Lampiran

Tiada Lampiran.