Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

23) MANIFESTO MENURUNKAN CUKAI PINTU

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah cukai pintu akan diturunkan sebagaimana yang tertera dalam manifesto kerajaan pakatan rakyat di mana cukai pintu rumah kediaman dikurangkan sebanyak 20% sementara cukai premis komersial diturunkan sebanyak 10%. Saya khuatir sekiranya ia tidak dilaksanakan dalam tempoh terdekat sebelum bulan Jun iaitu bulan mula tempoh kedua assement fee dikira. Saya lihat ia adalah satu penipuan kepada rakyat sekiranya kerajaan negeri tidak memberi arahan sewajarnya kepada PBT dalam tempoh terdekat. Adakah arahan atau surat pekeliling akan dikeluarkan supaya meminta premis jangan membuat pembayaran cukai pintu untuk sementara sebelum cukai pintu baru diumumkan?

    Buat masa ini, cadangan untuk menurunkan kadar cukai taksiran rumah
    sebanyak 20% dan cukai taksiran premis perniagaan sebanyak 10% seperti
    yang tertera dalam manifesto Pakatan Rakyat masih dalam kajian pihak
    Kerajaan Negeri memandangkan keadaan ekonomi Selangor ketika ini masih
    belum mencapai tahap memuaskan bagi membolehkan janji-janji itu
    dilaksanakan.
    Walau bagaimanapun, kerajaan negeri tetap berusaha dan memikirkan kaedah
    terbaik untuk melaksanakan janji kepada rakyat itu dan hanya akan diketahui
    ketika membuat belanjawan negeri untuk tahun 2009. Selain itu, rakyat negeri
    Selangor juga akan dibantu dengan pelbagai insentif kebajikan yang lain bagi
    meringankan beban seperti pemberian 20mI padu air percuma yang akan
    dilaksanakan mulai Jun tahun ini serta pemberian diskaun 70% ke atas denda
    lewat cukai taksiran tahun sebelum 2007 dan 100% pengecualian denda lewat
    bagi cukai taksiran tahun 2008 yang dibayar dalam tempoh 14April sehingga 30
    Jun 2008.

Lampiran

Tiada Lampiran.