Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

97) MANIFESTO PERBADANAN KEUSAHAWANAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Manifesto PRU ke-13 Pakatan bercadang untuk mewujudkan pendidikan dan latihan keusahawanan melalui Perbadanan Keusahawanan Negeri Selangor. Adakah cadangan ini telah dijalankan dan sejauh manakah ia sudah dilaksanakan?

    Seperti yang telah dipersetujui di dalam Temu rapat Kerajaan Negeri Selangor (re-treat khas EXCO), Perbadanan Keusahawanan Negeri Selangor ini akan direalisasikan melalui penubuhan Pusat Keusahawanan Negeri Selangor (PUNS). Pembentangan struktur, kos operasi dan aktiviti-aktiviti serta program- program yang bakal dilaksanakan di bawah Pusat Keusahawanan Negeri Selangor ini telah dibentangkan di dalam Dialog Bajet Kerajaan Negeri Selangor pada 23 dan 24 September yang lepas, struktur, kos operasi, aktiviti-aktiviti dan program-program yang bakal dilaksanakan juga telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan yang ahlinya seramai 32 orang terdiri daripada ketua-ketua jabatan, agensi, anak syarikat, Pegawai Daerah dan juga Yang Dipertua Majlis pada 22 Oktober 2013.

     

    Di antara cadangan-cadangan yang telah dibentangkan semasa “re-treat” khas EXCO, Majlis Dialog Bajet 2014 dan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Negeri Selangor, skop latihan dan kursus akan dimanifestasikan melalui satu platform yang dinamakan sebagai Akademi Darul Ehsan, aktiviti pemerkasaan usahawan melalui penubuhan dan pewujudan Bazar-bazar Darul Ehsan di setiap daerah, portal i-usahawan, Program Peningkatan Keupayaan Reka Bentuk Pembungkusan dan lain-lain lagi.

     

    Mengambil kira cadangan-cadangan, pandangan-pandangan dan maklum balas yang diterima semasa “re-treat” khas EXCO, Majlis Dialog Bajet 2014 dan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Negeri Selangor,

     

    dijangkakan PUNS ini akan ditubuhkan selewat-lewatnya pada pertengahan tahun 2014 dan penambahbaikan akan dibuat secara berterusan dari semasa ke semasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.