Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

228) MAPMAS – MAJLIS ANTI PEMERDAGANGAN MANUSIA SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status MAPMAS dan siapakah yang menganggotai Ahli Majlis untuk sessi 2015-2016 ini?

    Kerajaan Negeri memandang serius dengan isu pemerdagangan manusia yang berleluasa dewasa ini. Justeru itu, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga sentiasa memberi sokongan padu terhadap usaha-usaha dalam membenteras agenda pemerdagangan manusia ini melalui kerjasama Majlis Anti Pemerdagangan Manusia Negeri Selangor (MAPMAS).

    Majlis Anti Pemerdagangan Manusia Negeri Selangor (MAPMAS) telah ditubuhkan pada 10 Januari 2011 merupakan satu organisasi khas untuk menangani jenayah pemerdagangan manusia di Selangor.

    Objektif penubuhan MAPMAS ini adalah seperti berikut :-

     

    • Membantu Kerajaan    Negeri     dalam     memantau    kes-kes                        jenayah pemerdagangan manusia di Selangor;
    • Membantu mangsa-mangsa jenayah pemerdagangan manusia untuk mencari pusat perlindungan sementara;
    • Menyediakan khidmat     advokasi     kepada     mangsa-mangsa                             serta menjalankan kajian berkaitan aspek pemerdanganan sedia ada; dan
    • Menjalankan kempen-kempen       kesedaran       berkaitan                              jenayah pemerdagangan manusia di seluruh

     

    Dahulunya, MAPMAS dianggotai oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor iaitu YB Puan Rodziah Binti Ismail, YB Puan Dr. Halimah Binti Ali, YB Puan Elizabeth Wong Keat Ping, YB Puan Teresa Kok Suh Sim dan YB Tuan Ronnie Liu Tian Khiew serta dibantu oleh badan bertindak MAPMAS yang dianggotai oleh badan bukan kerajaan (NGO) yang dikenalpasti oleh pihak YB Puan Rodziah Binti Ismail ketika itu.

    Buat masa ini, Kerajaan Negeri sedang meneliti semula keperluan kepada penambahbaikan pengujudan MAPMAS sedia ada. Sehubungan itu, sebarang lantikan ahli jawatankuasa MAPMAS ini akan dilakukan setelah proses penambahbaikan yang dikenalpasti itu selesai.

Lampiran

Tiada Lampiran.