Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

124) MARRIS

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah skop kerja yang dibenarkan untuk menggunakan peruntukan MARRIS? Sila menyenaraikan atau membekalkan sesalinan garis panduan tentang kegunaan MARRIS.

    Seperti tertakluk di Perenggan 11, skop penyenggaraan Jalan Negeri yang dibenarkan di bawah Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri terbahagi kepada empat (4) kategori utama seperti berikut:-

     

    1.  Penyenggaraan rutin (berjadual)

     

    Kerja-kerja penyenggaraan rutin adalah kerja penyenggaraan yang dijalankan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan, contohnya;

     

    1. Penyenggaraan pavemen (tampal jalan)
    2. Penyenggaraan bahu jalan
    • Kerja-kerja pemotongan rumput/lanskap
    1. Penyenggaraan perabot jalan
    2. Penyenggaraan pembentung dan jambatan
    3. Pembersihan longkang tepi jalan
    • Penyenggaraan cerun (semula jadi dan buatan manusia)
    • Penyenggaraan jejambat/jejantas
    1. Penyenggaraan terowong

     

    2.    Penyenggaraan Berkala

     

    Kerja-kerja     yang    memerlukan    pemeriksaan    dan    penilaian    sebelum dilaksanakan, contohnya;

     

    1. Menyenggara pavemen (menurap semula jalan)
    2. Mengganti perabot jalan
    • Mengecat jalan

     

    1. Mengganti saliran
    2. Membaiki cerun (atas dan bawah)
    3. Membaiki jambatan dan pembentung yang menghubungkan jalan
    • Menyenggara pokok-pokok di bahu jalan
    • Menyenggara persimpangan jalan
    1. Ujian ketahanan jalan
    2. Menyenggara lampu jalan dan lampu isyarat

     

    3.    Penyenggaraan kecemasan

     

    Kerja-kerja luar jangka yang memerlukan tindakan segera, contohnya;

     

    1. Pokok tumbang
    2. Tanah/cerun/tembok penahan runtuh
    • Jalan mendap
    1. Kegagalan benteng
    2. Pembentung dan perparitan runtuh
    3. Banjir
    • Tumpahan bahan-bahan kimia, toksik, bahan konkrit atau lain-lain kerja yang melibatkan keselamatan pengguna jalan raya yang terancam secara serius

     

    Bagi    pembaikan    yang    melibatkan    keruntuhan   struktur    selain keruntuhan cerun, pembaikan hanya melibatkan laluan sementara.

     

    1. Penyenggaraan Pencegahan (preventive)

     

    Kerja-kerja tindakan awal yang perlu dilaksanakan bagi mengekalkan fungsi asal elemen jalan sedia ada yang mana kelewatan mengambil tindakan tersebut boleh menyebabkan implikasi kewangan yang tinggi dan boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya iaitu:-

     

    • Kajian cerun
    • Kajian Ketahanan Jalan
    • Kajian Lalu Lintas.

Lampiran

Tiada Lampiran.