Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

143) MARRIS

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Setakat ini, secara keseluruhan berapakah jumlah peruntukan yang telah digunakan bagi penyelenggaraan infrastruktur ini.

    Untuk makluman Y.B. peruntukan MARRIS yang disalurkan adalah bertujuan untuk menyelenggara jalan dan longkang di bawah seliaan PBT. Pada tahun 2011, sehingga bulan Jun sejumlah RM49,957,438.97 telah disalurkan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan tidak termasuk Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS). Ini kerana pihak MDHS masih lagi tidak mengemukakan senarai cadangan kerja-kerja di bawah peruntukan MARRIS.

    Pecahan peruntukan yang disalurkan adalah seperti yang berikut:-

    BIL. PIHAK BERKUASA TEMPATAN KOS (RM)
    1. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 3,288,050.00
    2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 5,570,749.85
    3. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 4,050,200.00
    4. Majlis Perbandaran Klang (MPK) 8,169,554.00
    5. Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 5,481,048.22
    6. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 4,837,670.00
    7. Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) 3,971,340.50
    8. Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) 3,371,277.40
    9. Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) 4,164,710.00
    10. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 4,923,072.00
    11. Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) 2,129,767.00
    JUMLAH KESELURUHAN 49,957,438.97

Lampiran

Tiada Lampiran.