Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

86) MASA ALIRAN SIMPANG EMPAT PERSIARAN PEGAGA DAN JALAN BATU UNJUR

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah JKR akan menukar masa hala lampu isyarat di Simpang Empat Persiaran Pegaga dan Jalan Batu Unjur memandangkan jalan tersebut sentiasa mengalami kesesakan?

    JKR Klang telah menjalankan kajian isipadu aliran trafik di persimpangan yang dimaksudkan. Hasil daripada kajian tersebut mendapati tempoh masa bagi setiap persimpangan yang sedia ada di lokasi adalah direkabentuk mengikut tempoh masa yang munasabah seperti hasil kajian.

    Sekiranya perubahan tempoh masa dilaksanakan akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dipersimpangan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.