Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

252) MASALAH AKSES KELUAR MASUK LOT TANAH ESTET KAMPUNG AIR HITAM, KLANG

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah jalan penyelesaian terhadap permasalahan akses laluan keluar masuk lot-lot tanah estet Kg. Air Hitam?

    Permasalahan di Lot-lot Kg. Air Hitam melibatkan dua (2) isu utama iaitu Laluan Keluar Masuk dan Pembinaan Infrastruktur (jalan). Pentadbir Tanah Klang (PDT) bersama Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah meneliti cadangan laluan akses yang bersesuaian yang memerlukan pemilik tanah membuat serahan sebahagian tanah bagi tujuan jalan. Berhubung isu pembinaan infrastruktur jalan, PDT Klang ada mencadangkan pilihan kaedah yang bersesuaian agar MPK dapat menyelaras pembinaan laluan. Kos Pengambilan Tanah dan Kos Infra yang terlibat akan ditimbal balik kepada pemilik tanah.

    Kertas cadangan dan penyelesaian laluan akses di Kg. Air Hitam ini telah disediakan untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.