Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

250) MASALAH ANJING ANJING LIAR DI DUN MERU

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pelan tindakan kesediaan dan pencegahan Majlis Perbandaran Klang menangani masalah anjing liar yang berterusan?

    Majlis Perbandaran Klang telah menggariskan beberapa pelan tindakan dan pencegahan bagi menangani masalah anjing liar yang berterusan iaitu:

     

    Menjalankan operasi penangkapan anjing berkeliaran sekurang – kurangnya satu (1) kali seminggu. Operasi ini akan melibatkan keseluruhan anggota tangkapan anjing tertumpu di satu – satu kawasan ‘hotspot’.

     

    Menjalankan tangkapan anjing liar dengan dua (2) kaedah iaitu menggunakan gelung dan perangkap di mana perangkap boleh membantu tangkapan di lokasi – lokasi yang sukar dimasuki oleh anggota tangkapan seperti semak – samun, kawasan perkampungan, perumahan berpagar dan kawasan lapang.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.