Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

5) MASALAH ANJING LIAR

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah masalah ini “real” atau lebih merupakan prejudis sebahagian masyarakat terhadap haiwan ini?

    Masalah anjing liar yang dihadapi oleh masyarakat terutamanya di kawasan- kawasan perumahan adalah benar-benar berlaku. Siasatan PBT mendapati bahawa anjing yang berkeliaran ini mempunyai tuan cumanya ianya berlesen atau tidak. Anjing yang berkeliaran ini juga telah mengundang anjing-anjing lain dan menyebabkan ia meningkat serta mula menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk setempat. Antara kacau ganggu yang dihadapi ialah:-

     

    • Mengancam keselamatan penduduk (serangan anjing)
    • Meninggalkan kesan najis
    • Menyelongkar sampah sarap
    • Menyalak dengan kuat
    • Menyebarkan wabak penyakit

Lampiran

Tiada Lampiran.