Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

98) MASALAH ANJING LIAR DAN KEMUNGKINAN PENYAKIT ANJING

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah cara-cara atau kaedah terkini untuk mengelakkan anjing liar yang baru2 ini telah mengancam keselamatan masyarakat dan merosakkan ternakan?

    Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kaedah yang terkini yang digunakan selaras dengan Tatacara Operasi Piawai (SOP) Penangkapan dan Pelupusan anjing terbiar Di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan melalui Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bilangan 5 Tahun 2014. Kerajaan Negeri juga akan memperkasakan perkhidmatan di setiap PBT bagi menangani setiap aduan yang diterima serta memastikan keselamatan masyarakat terjaga. Program Kawalan Haiwan yang diadakan pada 2 hingga 5 Mac 2020 adalah salah satu inisiatif Kerajaan Negeri bagi mengelakkan anjing liar daripada mengancam keselamatan masyarakat.

Lampiran

Tiada Lampiran.