Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

156) MASALAH ANJING LIAR

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah terkini bagi membendung masalah anjing liar yang sering mengganggu ketenteraman awam mengikut PBT?

    Untuk makluman Ahli-ahli Yang berhormat, pelbagai langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi membendung masalah anjing liar adalah dengan:

    1. Kerajaan Negeri menyelaras agar semua PBT menggunapakai Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengenai Tatacara Operasi Piawai (SOP) Penangkapan dan Pelupusan Anjing Terbiar di Kawasan PBT;
    2. Operasi bersepadu penangkapan anjing liar secara berterusan berdasarkan aduan dan pemantauan;
    3. Memperkemas dan memantapkan team in house Majlis;
    4. Mengadakan program anjing angkat sepanjang tahun di mana anjing-anjing yang terbiar yang ditangkap akan diberi kepada orang awam yang ingin memelihara anjing tersebut; dan
    5. Kempen pelesenan anjing.

Lampiran

Tiada Lampiran.