Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

184) MASALAH BANJIR

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk memastikan masalah banjir dan ban pecah tidak mengancam petani-petani khususnya di kawasan DUN Sungai Air Tawar yang berhampiran laut?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran serta agensi-agensi lain yang berkaitan telah merancang dan melaksanakan program-program bagi memastikan masalah banjir dan ban pecah tidak mengancam petani dengan melaksanakan program pemantauan secara berterusan dan melaksanakan program jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang berdasarkan keperluan dan keupayaan jabatan. Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan juga melaksanakan program penanaman pokok bakau dengan kerjasama agensi-agensi lain. Program ini telah dijadikan sebagai program tahunan jabatan berkenaan. Selain itu, pelaksanaan pembaikan tebing dengan menggunakan teknik setempat seperti penggunaan batang kelapa/nibong juga dapat membantu mengurangkan kesan hakisan pantai akibat ombak.

Lampiran

Tiada Lampiran.