Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

11) MASALAH BANJIR

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Tiap kali hujan seluruh kawasan Ijok akan menghadapi bencana banjir kilat. Apakah rancangan panjang dan menyeluruh dari Negeri Selangor dan JPS untuk mengatasi masalah banjir kilat yang kerap kali berlaku di DUN Ijok?

    Untuk Makluman, lokasi banjir yang kerap berlaku di kawasan Ijok berpunca daripada beberapa faktor dan pihak JPS telah mengenalpasti beberapa cadangan yang perlu dilaksanakan dan perlu dirancang oleh semua agensi berkaitan. Berikut adalah perancangan dan cadangan pelaksanaan :-

     Sistem perparitan di kawasan Ijok perlu diselenggara dengan sempurna. Jabatan dan agensi bertanggungjawab bagi penyelenggaraan parit mengikut fungsi adalah seperti berikut:

    1. Penyelenggaraan Parit Utama (sistem perparitan tanah) oleh pihak JPS dilaksanakan secara
    2. Parit Sekunder Tanah antara kampung oleh JKKK dilaksanakan secara berkala iaitu sebanyak 3 kali/setahun.
    3. Longkang Perumahan/Taman dan Longkang konkrit oleh pihak
    4. Parit Tepi Jalan (Road Side Drain) oleh pihak

     

    Secara Geografi kawasan Ijok merupakan kawasan yang landai. Pemilik Tanah atau Kediaman disarankan untuk meninggikan aras tanah berdasarkan paras bebas

    Pemilik-pemilik tanah juga perlu mendapatkan kelulusan / kebenaran daripada pihak Jabatan bagi membinaan lintasan, jambatan atau pembentung yang merentasi parit untuk memastikan tiada halangan aliran air yang boleh melambatkan arus air parit tersebut.

     

    MAKLUMAT TAMBAHAN

    Pihak JPS juga akan melaksanakan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Buloh pada tahun ini bagi penyelesaian jangka masa panjang bagi kawasan terkesan dengan banjir iaitu, Kawasan perkampungan Jeram dan kawasan Ijok. Berikut adalah komponen utama RTB Sg. Buloh :-

     

    1. Melebarkan dan mendalamkan Sg. Buloh
    2. Menaiktaraf Benteng Sungai
    3. Membina Pintu Air di Compartment D1 dan Membina Rumah Pam dan Menaiktaraf Pintu Air sedia ada di Compartment D, Ijok
    4. Membina Pintu Air dan Rumah Pam di Parit BCXYZ di Parit Mahang

Lampiran

Tiada Lampiran.