Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

118) MASALAH BANJIR

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha jangka panjang yang dilakukan oleh kerajaan negeri untuk mengatasi masalah tersebut ?

    Kejadian banjir di Hulu Selangor yang berlaku pada 7 Mei yang lalu adalah berpunca daripada jumlah hujan yang turun agak tinggi di kawasan ‘upstream’ terutama dari kawasan Genting Highland yang mana  Sungai Batang Kali tidak mampu untuk menampung jumlah air yang turun ini.

    Untuk tindakan jangka panjang, JPS akan menjalankan kajian hidraulik ke atas Sungai Batang Kali sebelum kerja-kerja mendalamkan sungai ini dilaksanakan dengan anggaran kos sebanyak RM5.0 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.