Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

62) MASALAH BANJIR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah seriusnya masalah banjir di negeri Selangor? Sila kemukakan butiran perangkaan jumlah kerugian, jika ada, akibat banjir yang sering melanda negeri ini ?

    Dari segi butiran perangkaanjumlah kerugian, Kerajaan Negeritidak mempunyai jumlah kerugian tetapi Kerajaan Negeri memandang serius masalah banjir di Negeri Selangor. Daripada inventori kawasan banjir di seluruh Negeri Selangor, jumlah kawasan banjir sebelum tahun 2006 ialah sebanyak 334 kawasan. Tetapi jumlah kawasan banjir ini telah menurun kepada 101 kawasan di akhir tahun 2006. Setelah kerajaan Negeri menjalankan kerja-kerja tebatan banjir secara giat. Manakala pada tahun 2007, hanya sebanyak 59 kawasan yang telah dilanda banjir.

Lampiran

Tiada Lampiran.