Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

66) MASALAH BANJIR DAN PENCEMARAN SUNGAI

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah usaha yang dilakukan Kerajaan Negeri setakat ini dalam menangani masalah banjir dan pencemaran sungai di Lembah Klang yang dilihat perlu diberi perhatian yang serius terutamanya Sungai Klang.

    Pihak kerajaan telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menangani masalah banjir dan pencemaran sungai dengan melaksanakan pelbagai kajian semenjak tahun 1988. Antara kajian yang telah dilaksanakan adalah ”Study on Flood Mitigation of the Klang River Basin” bersama Japan Internasional Cooperation Agency pada tahun 1988, Program 10 tahun pembersihan  Sungai Klang oleh Urusetia Lembah Klang, Jabatan Perdana Menteri dan Program 4 tahun pembersihan Sungai Klang .Pemantauan yang dilaksanakan secara berperingkat telah dapat mengurangkan pencemaran sungai. Program pembersihan sungai sememangnya memerlukan tempoh masa yang agak lama. Sebagai contoh,  negara maju seperti Singapura pun memerlukan tempoh kirakira lebih 10 tahun untuk memulih dan memelihara air Sungai Kallang di negara tersebut.

     

    Hasil daripada kajian yang dilaksanakan pelbagai langkah – langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memelihara Sungai Klang seperti berikut:

    1. Unit bergerak untuk mengutip, mengumpul kelodak dan membuang sampah sarap.
    2. Mengenal pasti tempat membina perangkap sampah sarap, sistem saliran utama dan anak – anak sungai sepanjang Sungai Klang.
    3. Membina lain – lain infrastruktur perangkap sampah

    Program pemulihan dan pemeliharaan Sungai Klang memerlukan penglibatan bersepadu pelbagai pihak dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi serta  mengikut tempoh masa untuk dirancang. Usaha tersebut masih dijalankan sejak tahun 1988 sehingga kini dengan anggaran kos yang sangat terhad. Secara perbandingan, program pemuliharaan Sungai Kallang di  Singapura yang melibatkan perbelanjaan berjumlah SGD 200 juta (RM 568 juta). Sehingga kini usaha pemulihan dan pemeliharaan Sungai Klang masih lagi dijalankan secara bersepadu dengan semua stakeholder. 

Lampiran

Tiada Lampiran.