Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

362) MASALAH BANJIR DI DUN BUKIT GASING

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah penyelesaian secara teknikal telah diperolehi untuk menyelesaikan banjir di kawasan DUN Bukit Gasing, iaitu di Jalan 12/14, Jalan Harapan, Taman Kanagapuram, Jalan Carey, Jalan 1/3 dan Jalan 18/11?

     

    BIL

     

    JALAN

     

    PENYELESAIAN

     

    KOS (RM)

     

    1.

     

    Jalan 12/14

    Majlis akan melaksanakan kerja pembesaran longkang kepada “monsoon drain” pada tahun 2015.  

    1.8 Juta

     

    2.

     

    Taman Kanagapuram

    Masalah banjir ini melibatkan longkang tanah yang perlu dinaiktaraf tetapi ianya terletak di dalam tanah sekolah yang masih belum dibangunkan  

    3. Jalan Carey Longkang adalah di bawah bidang kuasa DBKL
     

    4.

     

    Jalan 1/3

    Kerja menaiktaraf longkang di hadapan rumah akan dilaksanakan pada tahun 2015.  

    630,000.00

    5 Jalan 18/11 Longkang adalah di bawah bidang kuasa DBKL

Lampiran

Tiada Lampiran.