Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

151) MASALAH BANJIR DI DUN IJOK

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang akan di ambil untuk mengatasi sepenuhnya masalah banjir yang sering melanda kawasan2 kampung dan pekan di DUN Ijok?

    Untuk makluman, tindakan yang diambil untuk mengatasi masalah banjir di DUN Ijok secara khusus adalah pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Buloh (Fasa 1) dengan kos sebanyak RM40 juta dan dijangka siap pada tahun 2023 (Tempoh pelaksanaan – 3 tahun). Projek ini akan memberi manfaat kepada penduduk di Kg. Parit Mahang, Kg. Bukit Kuching, Kg. Bukit Cherakah, Kg. Ijok, Kg. Harmoni serta kawasan-kawasan sekitar kampung-kampung tersebut.


    MAKLUMAT TAMBAHAN

    Nama Projek : Rancangan Tebatan Banjir Sungai Buloh (Fasa 1)

    Kos Projek : RM 40 Juta

    Status Projek :Telah dibentang dalam Mesyuarat Lembaga Perolehan Kementerian Alam Sekitar dan Air  pada 29 Jun 2020. Pihak jabatan masih menunggu keputusan daripada kementerian.

    Skop Projek :

    • Menaiktaraf dan membina ban sepanjang 14.65 km (CH1,200 – CH14,650)
    • Mendalamkan sungai – 9 km
    • Membina 2 kunci air (Parit BCXYZ & Ijok, Compartment D)
    • Memasang 4 buah pam
    • Menaiktaraf ‘borrow-pit’ – 4km
    • Membina 1 buah kuarters
    • Membina 1 buah jambatan
    • Menaiktaraf 12 nos ‘outlet structure’
    • Menaiktaraf log-boom

Lampiran

Tiada Lampiran.