Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

57) MASALAH BANJIR DI KAMPUNG MELAYU SUBANG

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang telah, sedang dan akan dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor telah meluluskan permohonan Peruntukan Pembangunan Negeri bagi menjalankan Projek Tebatan Banjir Kg Melayu Subang Di Sungai Pelempas Dan Kerja-Kerja Berkaitan, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan (Fasa 1) berjumlah RM17 Juta.

    Fokus utama projek ini adalah bagi menaiktaraf Sungai Pelempas sepanjang 2.1 km iaitu bermula di Taman Setia Warisan dan berakhir di kawasan Malaysia Airport (DCA). Skop projek melibatkan kerja-kerja pelebaran sungai bagi tujuan menambah kapasiti sungai sedia ada, pembinaan struktur tembok penahan banjir (floodwall), kerja- kerja pengukuhan tebing (river bank protection) serta kerja-kerja menaiktaraf sistem outlet di sepanjang jajaran sungai.

    Status pelaksanaan projek ini adalah sebagaimana berikut:

    Kontraktor:Ikha Ventures Sdn Bhd

    Harga Kontrak : RM15,136,660.08

    Tarikh Milik Tapak : 13 April 2016
    Tarikh siap asal  : 11 Oktober 2017
    Lanjutan Masa 1 : 5 Oktober 2018
    Status Jadual  : 96%
    Status Sebenar : 64%
    Lewat  : 32%

    Punca utama kelewatan projek ini adalah isu perobohan penempatan di dalam rezab sungai iaitu sebanyak 47 struktur dan juga isu pengambilan balik tanah yang melibatkan 19 lot hakmilik. Isu-isu ini masih belum selesai sepenuhnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.