Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

244) MASALAH BANJIR DI KAWASAN KAMPUNG BATU11 CHERAS

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Perancangan kerajaan untuk menyelesaikan masalah banjir di kawasan Kampung Baru 11 Cheras dan sekitarnya yang berlaku setiap kali hujan lebat.

    Pihak Kerajaan melalui JPS Malaysia telah melantik Juruperunding SCG Consultant Sdn Bhd untuk melaksanakan kajian “STORMWATER MANAGEMENT AND DRAINAGE MASTER PLAN STUDY FOR MAJLIS

    PERBANDARAN KAJANG” yang telah disiapkan pada 2010.

    Di dalam kajian tersebut, Pihak Perunding mengesyorkan supaya sistem saliran dalam kawasan tersebut dinaiktaraf dan cadangan  pembinaan Kolam Tadahan Banjir.

    Pada masa ini, Sungai Cheras yang berhampiran Kampung Batu 11 ini masih boleh menampung kapasiti air dan Jabatan Pengairan dan Saliran melaksanakan kerja-kerja cucigali mendapan kelodak mengikut keperluan.

Lampiran

Tiada Lampiran.