Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

53) Masalah Banjir Di Mukim Labu Sepang

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Masalah banjir yang berpunca dari ban Sg Labu yang pecah, apakah penyelesaian jangka panjang bagi benteng ban yang kerap pecah?

    Untuk makluman, isu ban pecah di Sg Labu adalah disebabkan limpahan air sungai dan kadaralir sungai yang tinggi. Sg Labu merupakan cabang daripada Sg Langat dan apabila aras air di Sg Langat tinggi, ini menyebabkan Sg Labu mengalami “backflow” dan menyebabkan limpahan berlaku di kawasan ban yang rendah. Projek Tebatan Banjir Sg Labu masih di dalam pelaksanaan dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2021. Skop kerja Sg Labu adalah menaiktaraf ban di kawasan kritikal dan juga pemasangan pam di 5 lokasi.

    Pelaksanaan kerja-kerja meninggi dan melebarkan benteng menggunakan lapisan batu Amour Rock dijalankan di lokasi benteng yang telah dikenalpasti mudah dan kerap pecah. Ini adalah bagi memastikan bahawa benteng yang dibina adalah kukuh dan dapat menahan hakisan dari limpahan dan arus sungai yang kuat.

Lampiran

Tiada Lampiran.