Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

224) MASALAH BANJIR DI SELAYANG BARU

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah kerajaan dapat melaksanakan sepenuhnya projek pembesaran Sungai Udang di Selayang Baru terutama di jalan 62.jalan 23,jalan 11C dan juga kawasan-kawasan persekitarannya yang sering berlaku banjir kilat apabila hujan?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran telah mengadakan kerja-kerja siasatan awalan dan mendapati banjir kilat sering berlaku disebabkan oleh sistem saliran yang lama dan tidak dapat menampung aliran air akibat daripada pembangunan yang pesat.

    Untuk makluman, Jabatan Pengairan dan Saliran telah melaksanakan projek Menaiktaraf Anak Sungai Udang, Taman Selayanag Sejati Fasa 1 dengan kos sebanyak RM1.2 juta dan telah disiapkan pada 02.05.2019. Skop kerja adalah menaiktaraf anak Sungai Udang sepanjang 750m.

    Jabatan juga telah memohon projek Menaiktaraf Anak Sungai Udang di Selayang Sejati Fasa 2 dengan kos sebanyak RM10juta di dalam  Rancangan Malaysia Ke-12 kepada Kerajaan Persekutuan. Skop projek merangkumi kerja-kerja menaiktaraf sistem saliran, pembinaan kolam takungan dan kerja-kerja pembuangan kelodak.

Lampiran

Tiada Lampiran.