Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

31) MASALAH BANJIR DI SUNGAI RASA, SHAH ALAM YANG TIDAK BERKESUDAHAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah Kerajaan untuk mengatasi masalah banjir ini?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah mengambil langkah-langkah pencegahan mengatasi masalah banjir dengan melaksanakan kerja-kerja tebatan banjir seperti senarai di dalam lampiran maklumat

    Kerjasama turut diberikan oleh dua (2) agensi lain iaitu Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi membendung masalah banjir yang berlaku di Sungai Rasa, Shah Alam.

    Senarai projek-projek yang melibatkan 3 buah agensi ini terdiri dari 3 peringkat iaitu Projek yang telah dilaksanakan, Projek dalam Perlaksanaan dan Projek dalam Perancangan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.