Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

71) MASALAH BANJIR KG. SG. SERAI. DUSUN TUA

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri untuk mengatasi masalah banjir di Kg. Sg Serai, Dusun Tua sepanjang tahun 2009- 2012?

    Peruntukan yang telah diluluskan bagi cadangan projek Sg Serai adalah sebanyak RM 6 Juta melibatkan kerja pembinaan parit konkrit bagi mengatasi masalah banjir di Kg. Sg. Serai, Dusun Tua selepas proses pengambilan balik tanah selesai.

    Peruntukan terlibat:

    • Bayaran perunding – RM 500 ribu (Menggunakan peruntukan kajian)
    • Anggaran bayaran LA – RM 1 Juta (Menggunakan peruntukan Kajian)
    • Kerja-kerja pembinaan – RM 6 juta

    Kekangan bagi perlaksanaan projek adalah :

    Proses pengambilan balik tanah yang memakan masa yang agak panjang

    Sementara menunggu proses pengambilan selesai, kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan sebagai tindakan jangka masa pendek berjumlah RM 1.62 juta Maklumat Tambahan

    1) Pelan pengambilan balik tanah telah dikemukakan kepada Pejabat Tanah Daerah untuk disemak dan diuruskan selanjutnya.  Peruntukan sediada bagi bayaran pengambilan tanah tidak dapat dibelanjakan sekiranya isu ini tidak diselesaikan dengan segera.

Lampiran

Tiada Lampiran.