Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

269) MASALAH BANYAK KERETA BURUK TERSADAI DI TEPI JALAN DI KAWASAN PBT DAN JUGA KAMPUNG

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan sedar masih banyak kereta-kereta buruk tersadai di tepi-tepi jalan di merata tempat yang memburukkan pandangan?

    Lambakan kereta buruk atau terbengkalai di kawasan pentadbiran Majlis menjadikan suatu pemandangan yang tidak menyenangkan. Lambakan ini disebabkan oleh beberapa punca. Antaranya ialah kerana pihak pengusaha bengkel kenderaan yang tidak mempunyai tempat untuk meletakkan kereta atau kenderaan yang terlibat dengan kemalangan yang dihantar untuk dibaiki. Pihak bengkel memberikan alasan kenderaan itu lambat untuk dibaiki kerana melibatkan tuntutan insurans dan masalah kewangan pemilik. Pihak Majlis memang mengambil berat perkara ini dan telah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi masalah

Lampiran

Tiada Lampiran.