Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

53) MASALAH BAU BUSUK DI TAMAN SRI MANJA, PJS 3, PETALING JAYA

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri dalam jangka masa pendek, pertengahan dan panjang untuk menangani masalah pencemaran gas hidrogen sulfida dan methane yang keluar daripada tasik lombong di Taman Sri Manja yang kini berada di tahap berbahaya dan mengakibatkan masalah-masalah kesihatan dan keselamatan?

    Rawatan dan tindakan yang diambil pada waktu ini adalah syor daripada keputusan Kajian Penilaian Pencemaran Persekitaran dan Geoteknikal di kawasan Tasik Lombong PJS 3 oleh Unit Perundingan Universiti Malaya iaitu:

    Cadangan Jangka Masa Pendek:

    1. Rawatan berterusan kepada permukaan air – iaitu apa yang dilakukan sekarang
    2. Menutup longkang besar – telah dibuat
    3. Pemantauan gas dan air bawah tanah.
    4. iv) Memindahkan murid sekolah Tadika

    Cadangan Jangka Masa Panjang:

    1. Menimbus lombong dengan tanah atau ‘inert material’ sahaja. – sedang berjalan sekarang.
    2. Pengumpulan dan rawatan kepada ‘leachate’ iii) Pengumpulan dan rawatan gas
    3. Mengalihkan semua inlet longkang yang masuk ke dalam lombong – dalam perancangan
    4. Pemantauan gas dan air bawah tanah.

Lampiran

Tiada Lampiran.