Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

372) MASALAH DENGGI

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah mekanisme kerajaan negeri untuk memastikan jumlah kes denggi yang tinggi menurun?

    Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kesihatan sangat komited di dalam memastikan jumlah kes denggi di Negeri Selangor dapat diturunkan. Antara mekanisme dan tindakan yang telah di laksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor di kategorikan kepada tiga bentuk pendekatan, iaitu: –

     

    1. Kawalan dan Tindakan
    2. Aktiviti kesedaran dan promosi
    • Pemantauan secara berterusan

     

    Tindakan pencegahan yang melibatkan pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan semua Pihak Berkuasa Tempatan telah dilaksanakan sejak November 2013 dan ianya telah terbukti berkesan di dalam mengurangkan jumlah kes denggi di Negeri Selangor. Antara aktiviti yang di jalankan oleh pihak PBT dan JKN Selangor adalah seperti berikut:-

    1. Pemeriksaan ke tapak binaan, premis-premis, rumah-rumah, pusat pelupusan sampah, tanah lot kosong, projek bangunan/ rumah terbengkalai, sekolah, tempat ibadat, kilang, gerai makanan tepi jalan, saliran/ perparitan, parking, padang/ taman permainan, stesen pam minyak, tapak semaian, kedai/ komersial, IPTA/IPTS.

     

    1. membuat semburan SRT, ULV, TIFA dan bti,

     

    • Menggiatkan aktiviti gotong –royong di setiap kawasan berkaitan; dan

     

    1. Kempen kesedaran di sekolah-sekolah di seluruh negeri Selangor

     

    Jawatankuasa Tetap Kesihatan turut mengadakan Mesyuarat Mingguan Denggi yang dipengerusikan bersama Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan (YB EXCO Kesihatan – YB Puan Dr. Daroyah Binti Alwi) dan semua PBT di Negeri Selangor akan membentangkan aktiviti minggu yang telah dilaksanakan oleh Jabatan masing-masing di dalam aktiviti membanteras aedes.

     

    Selain itu, pada tahun ini, Kerajaan Negeri turut melaksanakan Pelan Tindakan Denggi PBT yang telah diperkenalkan oleh KPKT dan dilaksanakan di Lokaliti Hotspot. Tempoh pelaksanaan Pelan ini adalah 2 bulan bermula 24 Julai sehingga 23 September 2014. Pelan tersebut telah menetapkan semua PBT perlu melakukan pemantauan ke beberapa kawasan berpotensi tinggi berlaku pembiakan seperti di tempat-tempat berikut:

    1. Kawasan pelupusan sampah,
    2. Kawasan projek terbengkalai,
    • Tempat pembuangan sampah haram,
    1. Tempat pengumpulan barangan lusoh,
    2. Kawasan rumah atau tanah kosong yang

     

    Peruntukkan daripada KPKT turut telah diagihkan kepada semua PBT Selangor yang berjumlah RM 1.04 juta dengan RM 930 ribu diperuntukkan untuk outsourcing perkhidmatan kutipan sampah tambahan (sampah haram) dan RM 400 ribu untuk pembelian Temephos EC.

     

    Seterusnya, pada 3 November 2014, Kerajaan Negeri telah melancarkan Pelan Tindakan Selangorku Bebas Denggi 2014 yang disempurnakan oleh Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor. Pelan ini diwujudkan bagi meneruskan Pelan Tindakan PBT yang telah dianjurkan oleh KPKT yang telah tamat pada 23 September 2014 serta membuktikan mengenai komitmen serius Kerajaan Negeri Selangor di dalam aktiviti membanteras denggi di peringat negeri Selangor. Pelan Tindakan Selangorku Bebas Denggi 2014 ini akan dilaksanakan oleh semua pihak Negeri Selangor secara berperingkat dan menyeluruh di bawah penyeliaan Jawatankuasa Tetap Kesihatan Negeri Selangor.

     

    Selanjutnya, satu Program Gotong-Royong Mega: Terjah & Musnah Aedes Negeri Selangor 2014 telah di adakan pada 16 November dengan penyertaan menyeluruh dan di jalankan serentak oleh seluruh masyarakat negeri Selangor. Strategi utama program ini adalah kesedaran awam dan aktiviti “cari dan musnah” kawasan potensi pembiakan nyamuk di dalam dan di luar rumah oleh setiap individu serta masyarakat. Pelaksanaan program seumpama ini akan diteruskan sehingga akhir Disember tahun 2014 dan dijangkakan bilangan kes denggi di Negeri Selangor dapat dikurangkan dengan jayanya.

Lampiran

Tiada Lampiran.