Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

169) MASALAH DENGGI

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi membendung masalah Denggi ini yang semakin meningkat?

    Permasalahan denggi seringkali menjadi fokus utama Kerajaan Negeri dalam menjamin keselamatan dan kesihatan rakyat Negeri Selangor. Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah/Tanah (PDT) dalam mengadakan program-program berkaitan kawalan dan pencegahan denggi. Di antara program dan langkah-langkah pencegahan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri dan JKNS pada tahun 2020 adalah seperti berikut:

    1. Aktiviti Penilaian Risiko Denggi dilaksanakan di lokaliti wabak berulang dan tumpuan awam bagi mengenal pasti punca pembiakan dan membolehkan PBT dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) merancang kaedah strategik kawalan serta pencegahan yang menyeluruh di kawasan lokaliti tersebut;
    2. PBT dan PKD juga telah diarahkan untuk meningkatkan aktiviti Penghapusan Tempat Pembiakan (PTP) dengan memperbanyakkan aktiviti mass larvaciding outdoor menggunakan Bacillus thuringiensis israelensis (Bti) secara double dose di lokaliti wabak semasa dan tempat tumpuan awam melalui penggunaan mesin mist blower dan Ultra Low Volume (ULV). Penggunaan kaedah ini akan dilaksanakan oleh Pest Control Operator (PCO) yang akan dilantik oleh PBT dan PKD;
    3. PBT dan PKD juga turut diarahkan untuk melaksanakan aktiviti adultcide menggunakan kaedah Semburan Ruang Thermal (SRT) luar premis dan ULV di lokaliti wabak semasa dan tempat tumpuan awam;
    4. Setiap PBT juga telah disarankan untuk membuat perolehan repellent dan penyembur racun perosak (aerosol) untuk diagihkan kepada setiap masyarakat melalui Ahli Majlis dan menjalankan kempen kesedaran mengenai demam denggi di kawasan pentadbiran masing-masing; dan
    5. Kerajaan Negeri juga sedang dalam fasa awal kajian untuk menggubal Operasi Prosedur Standard (SOP) bagi pengaktifan bilik gerakan bencana sekiranya sesuatu kes meningkat dengan terlalu mendadak. Kajian ini masih di peringkat awalan dan akan diperhalusi sama ada sesuai untuk dilaksanakan atau pun tidak.

Lampiran

Tiada Lampiran.